Resepi Kuih Bunga Tanjung


Resepi Kuih Bunga Tanjung

Kuih bunga tanjung atau bunga tanjung merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Kuih ini popular di negeri Kelantan dan merupakan hidangan istimewa di sana. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula.

Kuih bunga tanjung berbentuk titisan air dan bewarna kuning. Ia dibentuk dengan menggunakan acuan dan dibentuk menurut cita rasa pembuatnya di dalam air gula.

Kuih buah tanjung agak cerewet membuatnya, dengan itu biasanya ia tidak buat dan dijual dengan meluas seperti kuih-kuih lain. Ia lebih kepada kuih istimewa bagi majlis istimewa seperti bagi merai majlis perkahwinan. Baki putih telur yang digunakan biasanya digunakan bagi membuat kuih tahi itik.Klik Resipi Kuih Tahi Itik


Bahan-Bahan :

1) 10 biji telur itik
2) 1 kg gula pasir
3) 250 gm tepung pulut
4) 100 gm tepung beras
5) 2 helai daun pandan
6) 5 kuntum bunga cengkih

Cara Menyediakan :

1. Masukkan telur merah dalam bekas dan pukul hingga kembang. Ketepikan.

2. Kemudian, satukan tepung beras dengan tepung pulut dan goreng tanpa minyak.

3. Angkat dan sejukkan.

4. Masak gula bersama dua cawan air, daun pandan dan bunga cengkih sehingga setengah pekat.

5. Sediakan sebiji mangkuk, masukkan telur merah yang dipukul kembang tadi dan sedikit tepung beras.

6. Uli dengan tiga jari dan bentukkan seperti buah tanjung.

7. Ulang langkah ini sehingga selesai…

8. Masukkan ke dalam air gula sehingga meresap, barulah boleh diangkat.Siap untuk dihidang..


# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap 
Resepi Kuih Bunga Tanjung yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resepi Kuih Bunga Tanjung Resepi Kuih Bunga Tanjung Reviewed by C.I on May 09, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.