Resepi Kuih Asam Gumpal Terengganu


Resepi Kuih Asam Gumpal Terengganu

Kuih Asam Gumpal memang banyak dijual di daerah-daerah pantai timur.Kuih ini sangat sedap kerana kemanisannya dan kelembutan sagunya.Cara membuatnya pun tidak susah sangat kerana bahan-bahan yang diperlukan tidak begitu banyal.Sangat sesuai untuk dijadikan hidangan buat seisi kelurga.Buat anda yang mempunya masa lapang boleh lah mencuba resipi ini.

Bahan-bahan sagu dan inti :

1) 200 gm sagu biji (basuh dan toskan)
2) 100 gm kacang hijau
4) Garam, gula secukup rasa

Bahan-bahan untuk kuah :

1) 2 cawan santan
2) Satu inci halia (dimayang halus)
3) Sesudu halba
4) Garam, gula secukup rasa


Cara menyediakan dan memasak:

Untuk Sagu dan inti :

1. Kacang hijau seeloknya di rendam dulu, kemudian baru rebus sampai empuk. masukkan garam dan gula secukup rasa.Sekiranya inti asam gupal ini manis sikit ia akan lebih sedap. masak sampai kering, kemudian bulatkan kecil-kecil. 

2. Sagu biji yang ditoskan tadi disiramkan dengan air panas, jangan banyak sangat siramnya, nanti sagunya jadi lembik.

3. Gunakan plastik untuk ambil sagu, kemudian kepal- kepalkan, sepas itu leperkan sikit dan isi dengan inti kacang tadi, kepalkan bulat balik. Sekiranya tidak gunakan plastik nanti sagu tesebut akan melekat pada tangan.

4. Susun dalam loyang dan kukus dalam masa 15 hingga 20 minit atau sehingga sagu itu masak. 

Untuk kuah :

1. Campurkan semua bahan kuah, kacau supaya santan tidak berketul, kemudian apabila sudah mendidih masukkan sagu yang sudah dikukus tadi.

2. Siap dan boleh dimakan panas-panas atau sejuk.


# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap Resepi Kuih Asam Gumpal Terengganu yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih

Resepi Kuih Asam Gumpal Terengganu Resepi Kuih Asam Gumpal Terengganu Reviewed by C.I on May 09, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.