Resipi Agar-Agar Kering


Resipi Agar-Agar Kering


Bahan-bahannya:

1) Agar-agar bertali 1 paket
2) Gula pasir 1 kilo(kemanisan ikut citarasa anda sendiri)
3) Gula batu segenggam atau 2 genggam
4) Air sukat mengunakan botol mineral (1,5ml)
5) Pewarna ikut pilihan kesukaan masing-masing.

Cara-cara penyediaan :

1.Cuci agar-agar dan masakkan bersama air tadi (sentiasa kacau supaya semua bahan hancur).
2.Setelah betul-betul hancur agar-agar tadi masukkan gula batu dan kacau lagi sehingga gula batu hancur sepenuhnya.
3.Setelah itu masukkan gula pasir.Perlu masak lama sedikit sehingga menjadi berbuih dan biar bagi pekat sikit.
4.Setelah nampak berbunga-bunga tutupkan api..
5.Ikut brapa banyak loyang yang anda mahukan.
6.Jangan letak terlalu nipis sangat.
7.Biarkan sejuk baru dipotong (agak-agak tidak terlalu nipis atau tebal)
8.Susun cantik-cantik di atas talam dan jemurkan.Siap

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share sahabat semua

CI : Di harap 
Resipi Agar-Agar Kering yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Agar-Agar Kering Resipi Agar-Agar Kering Reviewed by C.I on May 16, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.