Pengeluaran KWSP 4 Inisiatif Tambahan Kerajaan Malaysia

Baru-baru ini perdana menteri Malaysia Tan Sri Muhyidin Yasin telah mengumunkan bahawa kerajaan Malaysia akan memberi bantuan khas kepada rakyat Malaysia ketika kemelut virus Covid-19 yang sedang melanda di negara kita.


Inisiatif kerajaan kali ini adalah sangat bagus dan sangat membantu rakyat yang kurang berkemampuan bagi meneruskan kehidupan akibat masalah yang sedang melanda sekarang.Di sini dikongsikan 4 inisiatif yang diumumkan kerajaan.




- 40 Billion Kemudahan Pengeluaran I-Lestari Bagi Pencarum Kumpulan Wang Simpanan  Pekerja ( KWSP )


- Berumur bawah 55 tahun, Simpanan akaun ke-2, RM 500.00 sebulan. Permohonan boleh dibuat pada 1 April 2020.Mesti mempunyai akaun I-Lestari.Kerajaan akan mengumunkan kaedah dan pengeluaran dalam masa terdekat.


- Sila tunggu 1 April 2020 untuk membuat permohonan.Berhati-hati jangan bertindak melulu kerana sistem online internet akan ada banyak scammer (penipu) yang akan mencari mangsa untuk diperdaya.


- Pesanan sila terus ke laman sesawang rasmi KWSP, jangan tekan link yang dikongsi melalui whatapp, laman sosian atau sebagainya kerana sudah banyak kes penipuan scammer telah berlaku dengan mengunakan teknik tersebut.Jadi jangan malas sangat untuk layari web KWSP




- Rm 500 Juta Membiayai Pembelian Peralatan Perubatan.Kerajaan akan membiayai peralatan kesihatan seperti Ventilator dan peralatan icu, alat perlindungan diri dan keperluan makmal.Dengan ini kita akan berjaya mengatasi masalah keperluan keselamatan diri yang tidak mencukupi.


- 2 ribu kakitangan baharu secara kontrak, terutamanya jururawat serta kakitangan hospital.Ini sekaligus akan membuka peluang pekerjaan kepada graduan dalam bidang berkaitan yang masih lagi belum memiliki pekerjaan.


- Rm 100 juta diluluskan tatacara perolehan secara darurat kepada Kementerian Kesihatan.




- Rm 130 juta Peruntukan kepada semua negeri untuk menangani krisis 
Covid-19

- Peruntukan sama rata ini akan diberi pada semua negeri-negeri di Malaysia sama rata dan adil.Tiada perbezaan parti politik dalam agihan bantuan ini.


- Memberi bantuan kepada peniaga kecil yang terjejas, bantuan kepada pesakit Covid-19 dan keluarga terlibat juga akan dibantu oleh kerajaan.




- PTPPTN Lanjutan masa bayaran balik pinjaman PTPTN dari 3 hingga 6 bulan.Penagguhan ini berkuat kuasa 23 March hingga 30 September 2020.Jadi anda semua yang mempunyai komitmen bayaran pinjaman PTPTN boleh menarik nafas lega buat masa sekarang.Tapi ingat selepas September ini  anda harus juga membuat bayaran pinjaman.


Langkah-langkah di atas yang telah dibuat kerajaan adalah sangat bagus dalam membantu rakyat buat masa sekarang.jadi rakyat Malaysia anda semua boleh menarik nafas lega seketika buat masa sekarang.Harapan akan ada lagi bantuan-bantuan lain yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan-golongan yang terjejas dengan situasi sekarang.


Untuk mengehtahui Update terkini kes kematian Covid-19 di malaysia boleh baca artikel Update Kronologi Kes Kematian Covid 19 Malaysia 

Tinggalkan komen anda di ruang komen guys.





Pengeluaran KWSP 4 Inisiatif Tambahan Kerajaan Malaysia Pengeluaran KWSP 4 Inisiatif Tambahan Kerajaan Malaysia Reviewed by C.I on March 24, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.