Tidak bertanggung jawab Over Claim Sembuh Penyakit Covid-19

Dalam situasi  sekarang yang sangat merunsingkan semua rayat Malaysia ada sesetengah peniaga yang telah mengambil kesempatan dengan menjual barang dan membuat over claim sehingga mampu menyembuh pesakit Covid-19


Sikap peniaga yang tidak bertanggung jawab seperti ini adalah sangat memalukan kita sebagai warga negara Malaysia.Sepatutnya sebagai warga negara Malaysia kita harus lebih sensitif dengan apa yang sedang berlaku sekarang.
Kerana budaya kita adalah budaya yang bersopan-santun serta berbudi pekerti.Bukan seperti ini langsung tidak menjaga sensitif penduduk Malaysia yang lain.
Semoga pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan badan-badan lain yang mempunyai kuasa harus mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang mempunyai sikap seperti ini.
Selagi tiada tangkapan selagi itu lah peniaga-peniaga yang tidak bertanggung jawab diluar sana akan bermahara lela mengambil kesempatan dengan menipu orang lain.Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab anda juga perlu mengambil tindakan seperti membuat report kepada pihak-pihak yang bertanggung jawab supaya tindakan tegas akan diambil buat peniaga yang suka menipu.
Selagi lagi saya hendak nasihatkan sekiranya anda nampak iklan-iklan yang membuat claim yang tidak masuk akal, percayalah itu semua tipu muslihat sahaja untuk melariskan barangan niaga mereka.Sekiranya anda nampak terus buat report.Baru padan dengan muka dia kena tangkap dengan Polis.

Untuk mengehtahui Update terkini kes kematian Covid-19 di malaysia boleh baca artikel Update Kronologi Kes Kematian Covid 19 Malaysia 

Akhir sekali buat peniaga diluar sana tolonglah berniaga dengan jujur dan amanah.Percayalah tanpa kejujuran dan amanah anda tidak akan berjaya, sekiranya berjaya pun cuma sementara sahaja.ok guys tinggal komen dibawah.
Tidak bertanggung jawab Over Claim Sembuh Penyakit Covid-19 Tidak bertanggung jawab Over Claim Sembuh Penyakit Covid-19 Reviewed by C.I on March 23, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.