Bapa Aidil Zafuan Masuk Hospital - Cinta


SEJAK akhir-akhir ini, isu pergolakan rumah tangga di antara pelakon terkenal, Rita Rudaini dan pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan, mendapat liputan meluas.
Ketika kes penceraian mereka masih berlangsung di mahkamah, bapa Aidil, Abdul Radzak Salleh, 62, dikejarkan ke hospital kerana kesihatan yang tidak menentu.
Menurut kembar Aidil, Zaquan Adha, keadaan bapanya kini stabil, namun masih belum dibenarkan pulang.
“Pada hari Khamis lalu, bapa saya ke klinik untuk dapatkan bekalan oksigen kerana dia mengidap penyakit asma. Namun, doktor mengarahkan bapa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
“Doktor memberitahu tahap kesihatannya tidak baik kerana terdapat jangkitan kuman pada paru-paru dan darah. Sehingga kini, bapa masih di hospital dan doktor sahkan bapa turut mengidap kencing manis.
“Sabtu dan Ahad lalu, saya pergi menziarahinya bersama isteri, Ayu Raudhah. Pun begitu, saya tetap menghubunginya untuk mengetahui perkembangan,” katanya yang kini berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja.
Ditanya, adakah kesihatan bapanya terganggu kerana tertekan dengan berita penceraian abangnya, Zaquan bagaimanapun enggan mengulas mengenai hal itu.
“Orang tua ni, bila dah banyak berfikir, memang macam itulah. Kadang-kadang, terbawa-bawa sehingga menjejaskan kesihatan.
“Apa pun, saya tak mahu masuk campur dalam urusan itu kerana saya tidak mahu orang cakap saya ni ‘batu api’ pula.
“Namun, tidak semua yang dia (Rita) katakan itu adalah benar. Masyarakat boleh nilai sendiri apa yang betul. Saya minta, jangan babitkan keluarga saya dalam hal rumah tangganya kerana keputusan itu adalah keputusan Aidil sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa,” jelasnya.

Bapa Aidil Zafuan Masuk Hospital - Cinta Bapa Aidil Zafuan Masuk Hospital - Cinta Reviewed by C.I on May 09, 2012 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.