Bagaimana Cara Memikat Suami Anda


1. Selalu berdoa agar Suami sentiasa menyayangi kita.

2. Bila Memikat Suami balik dari kerja, tegur dan sentuh Memikat Suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan Suami sepanjang hari. 

4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

6. Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada Suami.

7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh Suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran Suami ) sekali-sekala.

9. Beri pujian terhadap penampilan Suami – rambut, wajah, pakaian, kacak, kesederhanaan dan seumpamanya

10. Cepat-cepat pujuk bila Suami marah atau berkecil hati.

11. Minta bantuan Suami hanya jika sesuai – sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

12. Elakkan Suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

13. Bila Suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

14. Bila Suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (Sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian)

15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada Suami sekurang -kurangnya 2 kali sehari.

16. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu Suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan Suami.

17. Bila Suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

18. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh Memikat Suami/Lelaki, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat Memikat Suami/Lelaki terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

19. Tanya Suami bila dia ingin berehat atau tidur.

20. Peluk Suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

21.Telefon di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila Suami menggalakkannya.

22. Jika Suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian untuk berfikir.

23. Jangan ganggu Suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.

24. Jika Suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

25. Bila meminta bantuan Suami – terangkan pada Suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. * Beri pilihan kerja yang disukainya.  jangan menyuruh-nyuruh gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.

26. Pesan ke Suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

27. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama walaupun Suami berbau busuk, diamkan saja dan terima dengan hati yang sabar.

28. Sokong pendapat Suami kalau pendapatnya berbeza dengan orang lain.

29. Peluk dan belai Suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

CI : Kepada isteri-isteri diluar sana boleh cuba tip ini untuk memikat suami anda.Terus berusaha pasti berjaya
Bagaimana Cara Memikat Suami Anda Bagaimana Cara Memikat Suami Anda Reviewed by C.I on May 14, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.