Resipi Biskut Tembikai


Resipi Biskut Tembikai

Bahan-bahan :

1) 150 g gula kastor
2) 250 g mentega
3) 1 biji kuning telur Gred C
4) 1 sudu besar susu pekat
5) 290-320 gram tepung gandum
6) 1 sudu kecil baking powder
7) secubit garam
8) sedikit pewarna merah dan hijau
9) 2-3 sudu besar bijan hitam
10) Paper cups
11) 1 biji putih telur (untuk menyapu doh agar ianya melekat)

Cara-cara penyediaan :

1. Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yg sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam sedikit demi sedikit. Uli perlahan menjadi doh.

2. Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian dan campurkan dengan bijan hitam dan pewarna merah. Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau. Buatkan bebola kecil dengan doh merah.

3. Canai doh hijau setebal 3 mm. Sapu sedikit putih telur pada bebola merah kemudian salutkan dengan doh hijau. Simpan seebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya).

4. Belah@potong 4 bebola tadi dan atur di dalam paper cups dan barulah di letak di atas tin pembakar. Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 min atau hingga masak. 

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share sahabat semua

CI : Di harap 
Resipi Biskut Tembikai yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Biskut Tembikai Resipi Biskut Tembikai Reviewed by C.I on May 14, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.