Lelaki sukar berkomunikasi?
Wanita sering merungut, sukarnya nak berkomunikasi dengan lelaki tidak kira suami atau anak lelaki sendiri! Mengapa agaknya ya?
Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan beberapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka.
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir daripada kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
Wanita berkebolehan membicarakan sesuatu subjek objek sensetif
mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. tetapi lelaki lebih suka menyembunyikan dan membisu.
mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. tetapi lelaki lebih suka menyembunyikan dan membisu.
CINTA : Inilah bukti kekuasaan Allah. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan – lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan begitu juga sebaliknya
Lelaki sukar berkomunikasi
Reviewed by C.I
on
April 16, 2015
Rating:
No comments: