Gempa bumi 8.9 magnitud gegar Aceh
KUALA LUMPUR: Tiga gegaran susulan berlaku selepas gempa bumi berukuran 8.7 magntiud melanda utara Sumatera petang tadi dengan bacaan tertinggi ialah 8.2 magnitud pada skala Richter, kata Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGC), Pusat Maklumat Gempa Bumi Nasional (NEIC).
Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, bacaan paras laut menunjukkan bahawa tsunami berlaku dan mungkin sudah melanda beberapa kawasan pantai.
"Berdasarkan data ini, ancaman akan terus melanda semua kawasan pantai di Lautan Hindi. Bagi kawasan berkenaan apabila tiada ombak besar berlaku untuk sekurang-kurangnya dua jam selepas jangkaan tsunami atau ombak tidak berlaku dalam tempoh dua jam, barulah pihak berkuasa tempatan boleh mengandaikan ancaman itu sudah berlaku," katanya.
Gempa bumi Tiga gegaran susulan berlaku 11/04/2012 - cinta
Reviewed by C.I
on
April 11, 2012
Rating:
No comments: