Ketahui Perkara Yang Isteri Tidak Suka

Rasullullah SAW bersabda:- “Nasihatilah isteri kamu dengan cara yang baik. Sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk yang bengkok.Apabila engkau biarkan, ia tetap bengkok. tetapi jika engkau luruskan, ia akan patah.Maka nasihatilah ia dengan baik”. (Riwayat Bukhari)

Maka dengan itu suami perlulah tahu mengenai perkara yang isteri tidak suka .. antaranya ialah :-

1- Bertindak Kasar


Isteri tidak suka suaminya bertindak kasar,sama ada melalui perbuatan atau percakapan kerana wanita adalah manusia yang lemah lembut sifatnya. Oleh itu suami perlulah melayaninya dengan lemah lembut, penuh kasih sayang dan berhati-hati supaya tidak melukai perasannya.

2- Tidak Menghargai Isteri

Isteri tidak suka suaminya tidak menghargai usaha yang dilakukan isteri seperti isteri berhias dan memakai baju baru sedangkan suami tidak memberi apa apa kata penghargaan atau ucapan yang menunjukkan suami menghargai apa yang dilakukan isteri.

3- Membangkitkan Kelemahan

Isteri tidak suka suaminya menyebut atau membangkitkan kelemahannya sekalipun dengan niat bergurau. Terutama di depan orang lain.

4- Bicara Perihal Poligami

Isteri tidak suka jika suaminya bergurau yang melibatkan perihal poligami . (Gurau-gurau pun tak boleh maa.. jgn main main.. fitrah pompuan/wanita ni tak suka suami dia di kongsi..)

5- Memandang Wanita Lain

Isteri tidak suka suaminya memandang wanita lain di depan isteri walaupun secara tidak sengaja. Ini akan melukakan hati dan perasaannya serta menimbulkan rasa cemburu dan kecewa dalam diri isteri.

6- Memuji Wanita Lain

Isteri tidak suka jika suami memuji kecantikan, layanan atau pilihan wanita lain.(apa jadahnya.. ada isteri tapi masih puji org lain.. )

7- Suami Kedekut Al Bakhil

Isteri tidak menyukai suaminya yang kedekut dan bakhil kerana rumah adalah segala galanya bagi isteri. Oleh itu sebagai suami pastikan keperluan isteri,anak-anak disediakan secukupnya mengikut kemampuan nya.

8- Tidak Memberi Perhatian

Isteri tidak menyukai sikap suami yang tidak memberi perhatian yang istimewa kepadanya ketika sedang sedih ataupun sedang sakit.

9- Suami Bersangka Buruk

Isteri tidak suka jika suami tidak mempercayainya, bersangka buruk ataupun menuduh yang bukan-bukan. Perbuatan sebegini akan memberi kesan yang berpanjangan serta menyakitkan hati isteri.

10- Meninggalkan Isteri dalam Jangka Masa Lama

Isteri tidak suka sekiranya suami meninggalkan keseorangan di rumah dalam tempoh yang lama. Terutama ketika pasangan itu belum lagi dikurniakan anak/ cahaya mata.

11- Tidak Amalakan Ucapan Selamat atau Bersalaman

Isteri tidak senang dengan perangai sumai yang tidak mengucapkan selamat tinggal dan bersalaman setiap kali meninggalkan rumah.

12- Selalu Mengugut

Suami selalu bertengkar dan mengugut untuk menceraikan isteri. Perkara ini juga amat tidak disukai oleh isteri.

13- Lupakan Tarikh Penting

Isteri tak menyukai suami sekiranya suami tidak mengingati tarikh-tarikh penting seperti tarikah perkahwinan, ulang tahun kelahiran? dan lain-lain lagi.


14- Jarang menghubungi Isteri Apabila Kejauhan

Isteri tidak menyukai sikap suami apabila berjauhan jarang enghubunginya melalui telefon ataupun sms.

CINTA : Selain dari perkara diatas.. banyak lagi perkara yang patut difikirkan oleh suami demi menjaga keharmonian rumah tangga dan menjaga hati isteri. Oleh itu suami perlulah kreatif, bersikap rasional dan tanamkan sikap sayangkan rumahtangga.Insyallah semuanya dalam keadaan baik jika perkara diatas berjaya diatasi oleh pihak suami…

Ketahui Perkara Yang Isteri Tidak Suka Ketahui Perkara Yang Isteri Tidak Suka Reviewed by C.I on April 18, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.