Aku Dan 136 Resipi Kuih Tradisional Malaysia


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Akhirnya saya berjaya juga capai target untuk menulis 100 resipi kuih-muih tradisional Melayu, malah lebih dari 100 telah ditulis oleh saya.Sebenarnya kuih tradisional di negara kita mempunyai angka yang lebih dari seratus! banyak betul kuih-kuih peninggalan atuk nenek moyang kita kepada generasi sekarang.

Terima kasih kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia kerana idea menulis resipi ini tercetus akibat daripada bosan yang sangat teruk apabila dikenakan lockdown dirumah.

Banyak kenangan terimbau apabila menulis resipi kuih-kuih melayu kerana ibu saya juga adalah seorang pembuat kuih untuk dijual semasa sy kecil dahulu.Semasa darjah 5 boleh dikatakan hari-hari telah menjadi rutin saya setiap pagi untuk berkayuh basikal menghantar kuih di gerai-gerai sebelum ke sekolah.Ini memang pengalaman yang indah.

Sekarang masih mencari Content resipi untuk ditulis.Selalunya saya akan beli majalah resipi atau PDF resipi, dari situ saya akan salin semula ke blog ini dan dikongsikan buat semua rakyat Malaysia mahupun seluruh dunia.

Misi seterusnya adalah menulis resipi kuih raya memandangkan sekarang adalah bulan Ramadhan san semua umat islam akan menyambut perayaan Aidilfitri jadi saya ambil peluang selama beberapa hari ini untuk menulis resipi kuih muih hari raya.

Cuma masih terbengkalai adalah misi untuk membuat video masakan semua resipi yang saya tulis ini untuk dimuat naikkan dalam youtube channel.Yang ini memang akan mengambil sedikit masa kerana saya perlukan kamera yang baik untuk rakaman video.Kalau boleh tak mahu lah gunakan camare handphone risau kualitinya kurang baik dan kawan-kawan yang menonton nanti tak berpuas hati.

Setakat ini sahaja saya membebel.Kuatkan semangat untuk sambung misi menulis resipi Kuih Raya pula selepas ini.Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi membaca coretan saya kali ini.Jangan lupa follow blog saya ok..Terima kasih
Aku Dan 136 Resipi Kuih Tradisional Malaysia Aku Dan 136 Resipi Kuih Tradisional Malaysia Reviewed by C.I on May 10, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.