Resipi Kuih Tepung Pelita


Resipi Kuih Tepung Pelita

Kuih tepung pelita memang amat popular di negara kita kerana rasanya yang enak dan sangat meneyedapkan.Sekiranya anda ada masa terluang boleh lah cuba buat kuih ini dirumah.Kuih ini juga sesuai dijadikan perniagaan kerana permintaan yang sentiasa ada.Apa-apa pun selamat mencuba
Bahan­-bahan: 

Untuk lapisan bawah : 

1) 2 cawan tepung beras 
2) 1 sudu teh kapur sirih 
3) 4­5 cawan jus dari 7 helai daun pandan 
4) Gula pasir secukupnya 
5) Daun pisang secukupnya, dibuat bakul 

Untuk lapisan atas : 

1) Santan pekat dari 1 biji kelapa 
2) 1 senduk tepung beras 
3) ½ sudu teh garam 

Cara-cara : 

Untuk lapisan bawah : 

1) Panaskan kukusan. 

2) Gaul rata tepung beras, kapur dan jus pandan. Masukkan ke dalam jag. 

3) Masukkan 1 sudu atau lebih (ikut selera) gula setiap bakul daun pisang. Kemudian masukkan tuang adunan tadi hingga ¾ bakul. Kukus sehingga masak anggaran 20 minit. 

Untuk lapisan bawah : 

1) Gaul rata kesemua bahan. Masukkan ke dalam jag. 

2) Tuang adunan tadi ke atas lapisan bawah yang telah masak. 

3) Kukus semula hingga masak. (cucuk dengan lidi, masak jika tidak melekat) Sedia untuk dihidangkan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap 
Resipi Kuih Tepung Pelita yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Tepung Pelita Resipi Kuih Tepung Pelita Reviewed by C.I on April 27, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.