Resipi Kuih Talam Kacang Hijau


Resipi Kuih Talam Kacang Hijau

Resipi Talam hijau memang anda perlu cuba buat sebab apa memang kuih ini sangat sedap.Sesuai buat untuk hidangan sekeluarga.Selamat mencuba

Bahan­-bahan : 


Untuk lapis atas : 

1) 1 ½ cawan tepung beras 
2) 4 ½ cawan santan pekat 
3) 1 sudu teh garam 

Untuk lapis bawah : 

1) 1 cawan kacang hijau (rebus dan mesin separa halus) 
2) 2 cawan tepung beras 
3) ½ cawan tepung ubi/kanji/jagung 
4) 1 cawan gula 5) 3 cawan santan cair 
6) 1 sudu teh garam 
7) 1 sudu teh pewarna hijau 

Cara-cara : 

Untuk lapis bawah : 

1. Panaskan kukusan dan sapu rata minyak pada loyang. 
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang hijau dan kacau rata. Tapis. 
3. Masukkan kacang hijau dan kacau rata. 
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukus sehingga masak dalam ½ jam. 

Untuk lapis atas : 

1. Gaul kesemua bahan dan tapis. Masak sebentar di atas api kecil. Kacau sentiasa supaya adunan ni tidak berketul­ketul. 
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang hijau tadi. Kukus semula selama 25 minit. 
3. Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidangkan.




# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

C.I : Di harap 
Resipi Kuih Talam Kacang Hijau yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Talam Kacang Hijau Resipi Kuih Talam Kacang Hijau Reviewed by C.I on April 22, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.