Resipi Kuih Pulut Inti Manis


Resipi Pulut Inti Manis

Pulut inti manis boleh dikatakan salah satu daripada kuih tradisional Malaysia sejak zaman berzaman lagi.Pengalaman makan kuih ini rasanya buat masa terdekat memang tidak ada mungkin sudah bertahun tak makan kuih ini.Rasa kuih ini sangat lemak kerana pulutnya dan inti kelapa manis memang akan buat anda puas hati.Sesuai sekiranya hendak dijadikan perniagaan dan untuk dihidangkan buat seisi keluarga.

Bahan-bahan :

1) 1 cawan beras pulut (Direndam 3-4 jam dan tuskan) 
2) 1 cawan santan pekat 
3) ½ cawan air 
4) 2 sudu makan gula merah
5) ½ cawan gula pasir 
6) 2 helai daun pandan (Disimpulkan) 
7) 1 cawan kelapa parut muda (Diambil putih sahaja) 
8) 2 sudu makan tepung gandum 
9) Sedikit garam 
10) Daun pisang secukupnya

Cara menyediakan dan memasak :

1. Layurkan daun pisang dan potong mengikut keperluan. Lapkan. 

2. Masukkan beras pulut, santan dan sedikit garam ke dalam loyang. Kacau rata. 

3. Masukkan loyang ke dalam periuk kukusan dan kukuskan sehingga naik wap. 

4. Masakkan air, gula merah, gula pasir dan daun pandan sehingga mendidih.  Tapiskan ke dalam kuali dan masukkan kelapa parut. 

5. Masakkan selama 6-8 minit ataupun sehingga masak dan agak garing 
bahagian bawahnya. 

6. Untuk menggaringkan bahagian atas, masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan suhu 180ºC api atas selama 20 minit. 

7. Sejukkan dan hidangkan

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap 
Resipi Pulut Inti Manis yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Pulut Inti Manis Resipi Kuih Pulut Inti Manis Reviewed by C.I on May 04, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.