Resipi Kuih Lapis


Resipi Kuih Lapis - Sukatan Cawan


Kuih lapis adalah sejenis kuih yang manis.Masih banyak dijual oleh peniaga-peniaga di negara kita.Kuih ini memang sangat digemari oleh kanak-kanak terutamanya mungkin kerana kemanisan kuih ini.Pengalaman makan kuih ini banyak terutama sekali semasa kecil kerana saya akan bukan setiap lapisan dan makan satu persatu sampai ibu saya marah.Buat yang ingin mencuba kuih ini sangat digalakkan kerana ia tidak begitu sukar dibuat.

Bahan-Bahan :

1) 2 cawan tepung beras
2) 1/2 cawan tepung gandum
3) 1/2 cawan tepung jagung
4) 1 cawan gula pasir
5) 4 cawan santan (1 cawan santan pekat campurkan bersama 3 cawan air)
6) 1/4 sudu teh garam
7) sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara Menyediakan Kuih Lapis :

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.

2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang yang telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi. 

5. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. Boleh tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.

6. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.

NOTA/ Tips:

* Untuk setiap resepi boleh gunakan cawan dan sudu sukatan metrik

* Untuk memastikan permukaan kuih lapis cantik dan licin buka penutup pengukus setiap 5 atau 10 minit dan sentiasa di lap penutupnya dan sambung lagi mengukus.

* Apabila kuih lapis sudah masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih lapis cepat basi.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap 
Resipi Kuih Lapis yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Lapis Resipi Kuih Lapis Reviewed by C.I on May 04, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.