Resipi Kuih Nekbat
Kuih Nekbat memang sangat manis dan sedap.Kuih ini memang banyak dijual di daerah-daerah pantai timur.Semasa saya bertugas di Gua Musang Kelantan dahulu memang kerap makan kuih Nekbat setiap pagi.Buat anda yang ingin mencuba selera pantai timur, boleh lah mencuba buat sendiri dirumah anda.
Bahan untuk menyediakan Nekbat :
1) 1/2 kg tepung beras
2) 6 biji telur ayam
3) 250 gm gula
4) 3 helai daun pandan
5) Bahan Untuk Sira Nekbat :
6) 2 gelas air
7) 10 sudu besar gula
8) 3 biji cengkih
9) 2 helai daun pandan
Cara-Cara :
1. Tepung beras di sanggai dengan api sederhana sehingga kering..biarkan ianya sejuk.
2. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih
3. Kemudian masukkan gula, tepung beras dan pukul sehingga sebati
4. Panaskan acuan dan sapu bekas acuan tersebut dengan sedikit minyak dengan menggunakan simpulan daun pandan
5. Kemudian taburkan sedikit tepung didalam adunan telur sedikit demi sedikit
6. Tuang adunan tadi ke dalam bekas acuan dan bakar hingga kuning
7. Siap untuk dihidang
Cara Membuat Sira Nekbat :
1. Masukkan 2 gelas air, 3 biji cengkih, 2 helai daun pandan yang disimpulkan dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk.
2. Bila air gula sudah mendidih, masukkan nekbat yang telah siap dibakar tadi.
Mohon Share Guys
CI : Di harap Resipi Kuih Nekbat yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Nekbat
Reviewed by C.I
on
May 04, 2020
Rating:
No comments: