Resipi Kuih Kasturi / Kacang Hijau


Resipi Kuih Kasturi / Kacang Hijau

Kuih Kacang hijau memang banyak dijual di negara kita setiap pagi dan juga petang..Apa yang best dengan kuih ini adalah inti kacang hijau yang manis dan lemak.Lapisan luar kuih ini juga rangup dan sedap.Kuih ini boleh dikatakan sangat sedap sekiranya dimakan panas-panas.Sesuai juga di hidangkan untuk seisi keluarga.


Bahan-Bahan :

1) 1 cawan kacang hijau.
2) 3/4 cawan gula pasir.
3) 3 sudu besar kelapa parut.
4) 2 sudu besar tepung gandum.
5) 1 cawan tepung beras
6) 1 sudu besar tepung jagung
7) 1/2 sudu kecil air kapur.
8) 1/2 sudu kecil garam halus
9) 1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Cara Penyediaan :

1. Rendam kacang hijau selama satu jam setengah atau sehingga lembut,Kemudian masak sehingga empuk

2. Apabila air hampir kering, masukkan gula, kelapa dan kacau sehingga kering.

3. Taburkan tepung gandum dan gaul sehingga sebati angkat dan sejukkan
Bulat dan leperkan inti kacang,

4. Dalam mangkuk berasingan satukan tepung, air kapur, garam dan air secukupnya, pastikan adunan tidak terlalu pekat

5. Panaskan minyak, celupkan inti kacang yang di bulatkan tadi kedalam tepung, dan goreng sehingga keperangan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap 
Resipi Kuih Kasturi / Kacang Hijau yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Kasturi / Kacang Hijau Resipi Kuih Kasturi / Kacang Hijau Reviewed by C.I on May 04, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.