Resipi Kuih Jala Mas


Kuih Jala Mas

Kuih ini diperbuat daripad kuning telur sahaja.Memang kuih yang lain daripada yang lain.Saya pun tiada lagi pengalaman makan kuih ini.Maknya saya kena cuba sendiri buat dan jadikan video.Kuih Jala Mas nampak menarik untuk dicuba masak sendiri dirumah.

Bahan-bahannya :

- 15 biji telur ayam / itik – ambil kuning sahaja (Tapis dengan kain)
- 400g gula halus (kurangkan gula jika tidak suka terlalu manis – 250g @ 300g)
- 2-3 helai daun pandan
- 4 cawan air masak sebaiknya
- Beberapa helai daun pisang untuk dibuat corong

Cara-cara membuat :

1. Tapis kuning telur dan pukul sedikit

2. Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. 

3. Tapis air gula dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. 

4. Apabila air mendidih dan berbuih halus (dengan api kecil), uraikan atau sapu keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.

5. Angkat dan tos’kan.

6. Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang lidi satay ataupun garfu.

7. siap

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap Resipi Kuih Jala Mas yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Jala Mas Resipi Kuih Jala Mas Reviewed by C.I on May 05, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.