Resipi Kuih Cara Manis/Gula
Kuih Cara memang semestinya dikenali oleh semua rakyat Malaysia tidak kira tua atau muda.Kuih ini juga memang sangat sedap dimakan kerana rasa kemanisannya.Buat anda yang ingin mencuba buat sendiri kuih ini amat digalakkan kerana masa yang diambil tidak lama dan bahan-bahan yang diperlukan juga tidak begitu banyak.Tapi sekiranya anda mahu kuih Cara yang lagi sedap boleh cuba resipi Kuih Cara Berlauk
Bahan-bahan :
1) Daun Pandan (kalau tiada daun pandan boleh gunakan perisa pandan)
2) 2 cawan air
3) 1 kotak santan 200 ml
4) 2 biji telur
5) 3 cawan gandum
6) Sedikit garam
7) Gula secukupnya
Cara Membuat Kuih Cara Manis :
1. Potong daun pandan dan blender dengan 2 cawan air, Tapiskan.
2. Masukkan telur 2 biji, 1 kotak santan ,3 cawan gandum, sedikit garam dan air tapisan pandan tadi.
3. Blender sekali lagi. tapiskan.
4. Panaskan acuan dangan api yang pelahan.Sapu minyak jangan biarkan minyak bertakung di dalam acuan cara tersebut.
5. Boleh tuang bahan tadi jangan sampai melimpah. 1-2 minit boleh masuk gula dan tutup.
6. Bakar lebih kurang 4-5 minit. Tak perlu terbalikkan.
7. Siap
Mohon Share Guys
CI : Di harap Resipi Kuih Cara Manis/Gula yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Cara Manis / Gula
Reviewed by C.I
on
May 05, 2020
Rating:
No comments: