Resipi Kuih Serabai dan Kuah Durian


Resepi Kuih Serabai dan Kuah Durian

Kuih Serabai memang sangat sedap sekiranya di cicah dengan kuah durian.Biasanya kuih ini jarang dijual.Sesuai dijadikan hidangan buat seisi keluarga.

Bahan-Bahan :

1) 2 cawan tepung beras
2) 3/4 cawan nasi sejuk
3) 1 sudu kecik yis
4) 1/2 cawan santan
5) 1 cawan air
6) 1/2 cawan air suam
7) 2 sudu besar gula
8) sedikit garam

Cara-Cara :

1. yis, gula dan sedikit air suam dicampur dalam 1 bekas biarkan selama 5 mnit untuk memastikan yis aktif.

2. kisar nasi sejuk dengan 1 cawan air tadi, apabila nasi tersebut hancur masukkan garam,tepung beras , santan,dan bancuhan yis tadi kacau hingga
sebati.

3. Biarkan selama 2 jam lebih dalam bekas tertutup

4. Panaskan acuan kuih serabai atau dalam pan kecik ke atau dalam acuan kuih
bakar..

5. Sapu dengan sedikit minyak dalam acuan tersebut, apabila sudah betul2-betul panas acuan itu masukkan adunan dlm acuan, sederhanakan api dapur dan tutup acuan

6. Agak-agak bila dah kering permukaan atas itu menandakan ia dah masak.Cungkil dengan benda tajam untuk keluarkan kuih dari acuan


Kuah Durian

Bahan-Bahan :

1) 1 keping gula melaka
2) 2 mgkuk santan sederhana pekat
3) durian 2@3 ulas
4) gula jika perlu
5) daun pandan disimpul
6) sedikit garam
7) 1 sudu tpg gandum*
8) sedikit air *

Nota : bahan bertanda ( * ) gandum dan air bancuh terlebih dahulu

Cara-Cara :

1. Gula melaka dan sedikit air, dimasak dahulu kemudian ditapis untuk membuang bendasing

2. Masukkan santan, durian, daun pandan, sedikit garam dan bancuhan air gula tadi.Masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau.Jika kurang manis tambah lah gula dan masukkan campuran gandum tadi untuk memekatkan kuah.Kacau sentiasa dan sehingga masak...

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap 
Resepi Kuih Serabai dan Kuah Durian yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Serabai dan Kuah Durian Resipi Kuih Serabai dan Kuah Durian Reviewed by C.I on May 03, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.