Resipi Kuih Buah Rotan



Resipi Kuih Buah Rotan

Bahan-bahan :

1) 500 gram tepung pulut
2) 1/2 biji kelapa
3) 4 sudu besar gula pasir
4) 1 biji telur
5) Biji bijan halus
6) 1 sudu besar esen ros

Cara-cara penyediaan :

1. 1/2 biji kelapa dicampur dengan 1 gelas air dan diambil santannya. Kemudian 1 biji telur,4 sudu gula dan esen ros dimasukkan kedalam perahan santan dan dipukul hingga sebati.

2. Masukkan tepung pulut kedalam satu bekas yang besar kemudian masukkan cecair santan sedikit demi sedikit.

3. Kemudian ,uli sehingga menjadi satu doh yang lembut (tambah air jika santan tidak mencukupi) supaya senang untuk dibulat-bulatkan. Adunan yang telah dibentuk hendaklah digaulkan dengan bijan halus dan digoreng dengan minyak yang sederhana panasnya sehingga kuning keemasan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share sahabat semua

CI :
Di harap Resipi Kuih Buah Rotan yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih





Resipi Kuih Buah Rotan Resipi Kuih Buah Rotan Reviewed by C.I on May 16, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.