Sepertimana yang kita ketahui perdana menteri Malaysia Tan sri Muhyidin Yasin telah mengeluarkan kenyataan bahawa perintah kawalan pergerakan dilanjutkan tempoh sehingga 14 April 2020.
Lanjutan tempoh ini adalah disebab oleh penambahan pesakit baru di negara kita.Tiada langkah lain yang dapat dilakukan hanya dengan melanjutkan perintah kawalan pergerakan bagi menyelesaikan masalah.Disini kita kongsikan sedikit kronologi perintah kawalan pergerakan yang bermula pada 18 March hingga 1 April
Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan
- Untuk makluman semua semasa ini masih ada lagi golongan yang ada sejarah ke luar negara dan jemaah tabligh yang masih enggan datang ke hospital untuk membuat ujian saringan.Mereka-mereka ini masih bebas diluar sana dan pasti akan menyebabkan merebakkan virus Covid kepada orang lain.
18 March - 25 March ( 7 hari )
- 7 hari ini adalah dimana tempoh yang cukup bagi seseorang yang dijangkiti Covid-19 sebelum PKP menunjukkan simtom-simtom sahih.Sekiranya anda dijangkiti virus ini selepas 7 hari anda pasti terpaksa menerima rawatan di hospital.
- cuba kita undur kebelakang semasa pengenguman PKP ramai rakyat Malaysia yang degil masih berasak-asak untuk pulang ke kampung, berasak-asak di pasaraya (Panic Buying).Sekiranya anda melakukan aktiviti-aktiviti ini anda berkemungkinan besar akan dijangkiti virus ini oleh pesakit yang telah dijangkiti sebelum PKP dan sekarang anda mungkin terpaksa ke hospital untuk menerima rawatan.
- Hari ini 25 March 2020 perdana menteri telah melanjutkan tempoh kawalan pergerakan di sebabkan bertambahnya kes-kes yang baru.Sehingga sekarang masih ada lagi golongan yang mempunya virus masih tidak mengehtahui dan masih berada bebas di luar sana.
25 March - 1 April 2020 ( 14 hari )
- bagi pesakit yang telah datang ke hospital mereka akan terus dirawat dan di kuarantin oleh pihak hospital.
- untuk fasa ini sekiranya ada jangkitan mungkin hanya sejumlah yang kecil kerana langkah kerajaan menguatkuasakan PKP.
- Sekiranya ada jangkitan mungkin hanya ahli keluarga terdekat atau peniaga dan petugas bahagian hadapan sahaja.(harap-harap begini)
- Bagi mereka yang dijangkiti pada fasa ini tarikh terakhir simtom-simtom ini berada pada tahap kemuncak pada 1 April 2020.
- 1 April 2020 kita akan dapat lihat adakah kes baru akan bertambah atau tidak
1 April - 14 April ( 14 hari )
- Ini adalah tempoh lanjutan yang telah diumumkan.Kronologinya adalah sama seperti yang di atas.
- Sama ada kita berjaya atau tidak ini bergantung kepada sikap rakyat Malaysia untuk patuh kepada perinta kawalan pergerakan.
- Rakyat Malaysia tolong beri kerjasama pada kerajaan kita serta barisan hadapan yang telah berkorban, berjuang untuk kita semua.
- Tolong berada dirumah sayangilah keluarga anda.
Untuk mengehtahui Update terkini kes kematian Covid-19 di malaysia boleh baca artikel Update Kronologi Kes Kematian Covid 19 Malaysia
Kronologi Lanjutan Tempoh Kawalan Pergerakan hingga 14 April 2020
Reviewed by C.I
on
March 25, 2020
Rating:
No comments: