Aktiviti Berlari Tidak Dibenarkan ( DEGIL )

LOKASI : MONT KIARA


Sepertimana yang kita telah mengehtahui kerajaan Malaysia telah melarang segala aktiviti sukan outdoor dilakukan semasa Perintah Kawalan Pergerakkan dilaksanakan.Tapi masih ada segelintir rakyat Malaysia yang masih berdegil dan masih keluar berjogging walaupun sudah hari ke-5 arahan Perintah Kawalan di kuatkuasakan.Disini kita dapat lihat betapa kurangnya kesedaran sesetengah rakyat Malaysia.



Pemegang rekod dunia Eliud Kipchoge dalam acara Marathon telah bersuara didalam sosialnya dan menyuruh semua rakyat yang aktif dalam bidang larian supaya stay at home.Tapi malangnya ada sesetengah rakyat Malaysia yang tak seberapa kuat berlari ini masih mahu keluar berjogging kononnya hendak mengamalkan gaya hidup sihat.Tak kena masa betul.


Sebenarnya banyak aktiviti sukan yang boleh dilakukan didalam rumah seperti berlari setempat, tekan tubi, bermain tali skeping dan banyak lagi.Jadi tiada alasan untuk kita keluar rumah bersukan pada waktu perintah kawalan sekarang.



Kita rakyat Malaysia yang aktif bersukan harus menjadi contoh kepada rakyat yang lain supaya mengamalkan apa jua gaya hidup sihat dirumah walaupun tidak melakukannya di luar rumah.

Untuk mengehtahui Update terkini kes kematian Covid-19 di malaysia boleh baca artikel Update Kronologi Kes Kematian Covid 19 Malaysia 
Aktiviti Berlari Tidak Dibenarkan ( DEGIL ) Aktiviti Berlari Tidak Dibenarkan ( DEGIL ) Reviewed by C.I on March 22, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.