5 Langkah-Langkah Selepas Pulang Beli Makanan dan Barang - Covid-19

Disini terdapat 5 langkah-langkah yang perlu dilakukan setelah keluar membeli barangan keperluan ketika wabak virus Covid-19 sedang menular.

1. Buka topeng muka masukkan kedalam plastik dan buang ke tong sampah.

- Perhatian topeng muka yang anda pakai hanya boleh digunakan hanya sekali sahaja.Memakai berulang kali adalah bahaya, kerana besar kemungkinan virus covid-19 telah berada di permukaan topeng tersebut semasa anda keluar.Elakkan sebarang kemungkinan yang bahaya, buang terus ke dalam tong sampah.

2. Elakkan menyentuh, memeluk anak dan ahli keluarga.

- Buat ibu-bapa yang terpaksa melakukan aktiviti luar sila elak daripada menyentuh anak-anak atau ahli keluarga anda.Sila kurangkan aktiviti sentuhan bersama ahli keluarga terdekat anda buat masa sekarang.

3. Pergi ke tandas buka pakaian dan rendam didalam air sabun.

- Sila pastikan setiap pakaian yang telah anda guna di rendam dalam air yang berisi sabun.Jangan kumpul baju anda di dalam raga atau menyangkut semula di dalam almari kerana besar berkemungkinan virus covid-19 mungkin telah berada di permukaan baju anda.

4. Mandi dengan sabun, bersihkan muka, tangan dan seluruh tubuh.

- Selepas selesai semua tip diatas anda disarankan mandi dengan sabun, cuci tangan dan muka dimana kawasan tersebut mungkin akan disentuh oleh ahli keluarga anda.Pastikan anda mandi dengan bersih dengan bantuan sabun seperti dettol.

5. Baru bertemu dengan keluarga anda.

- Selepas selesai semua perkara yang penting di atas, anda selamat untuk bersama keluarga tercinta anda.

Untuk mengehtahui Update terkini kes kematian Covid-19 di malaysia boleh baca artikel Update Kronologi Kes Kematian Covid 19 Malaysia 
Sayangilah keluarga kita,jangan pula kerana kita ahli keluarga yang lain menjadi susah.Ingat kita harus mempunyai sikap bertanggungjawab.Malaysia boleh kalahkan Covid-19 sekiranya semua rakyat malaysia patuh dan mengikut arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.


5 Langkah-Langkah Selepas Pulang Beli Makanan dan Barang - Covid-19 5 Langkah-Langkah Selepas Pulang Beli Makanan dan Barang - Covid-19 Reviewed by C.I on March 22, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.