Berjogging di Denai Larian Pengkalan Asam Perlis

Hari ni tiba-tiba member sekolah call ajak jogging.Actually saya dah lama tak jogging.hampir 10 tahun.
 Padahal ini lah tempat saya training dulu masa zaman sekolah.Setiap petang akan datang sini dengan member yang lain untuk training lari jarak jauh.
Zaman sekolah dulu saya memang pelari jarak jauh.Kalau merentas desa sudah pasti saya yang akan jadi juara.Sekarang lari sikit pun air liur dah meleleh buktinya tadi jogging satu round 3 kali berhenti sebab penat hahaha
 Masa zaman sekolaj dulu denai larian pengkalan asam ni tak lah secantik macam sekarang.Kalau dulu tak ada pun landscape jambatan gantung semua ni.Sekarang dah lain denai larian ni dah dibuah suai menjadi tempat riadah yang best untuk keluarga.
 Baru-baru ni di denai larian ni ada buat ekspo semua siap ada artis datang lagi.So maknanya denai larian ni dah semakin berguna untuk rakyat.
 
Kalau anda datang perlis sila lah datang ke denai larian pengkalan asam best tempatnya sangat nyaman dan segar.Kalau sebelah malam lagi best tempat ni akan diterangi dengan lampu disana-sini.

Pagi ni alhamdulillah sempat lah keluar peluh hehehe.jogging 1 round je sebab dah penat kedua-duanya.Saya kena terus berjogging untuk dapatkan stamina seperti zaman sekolah dahulu.

CI : Kalau geng semua nak tahu dulu saya ni Top Ten perlis.Kalau kat sekolah acara jarak jauh memang saya yang selalu dapat tempat pertama.Tapi semua tu kenangan zaman persekolahan.Sekarang dah berbeza maybe sebab dah tua dan kurang bersenam :)
Berjogging di Denai Larian Pengkalan Asam Perlis Berjogging di Denai Larian Pengkalan Asam Perlis Reviewed by C.I on June 06, 2015 Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.