Resipi Biskut Truffle Kasih
Bahan-bahan A :
1) 320 gram mentega
2) 1/8 sudu kecil esen vanilla
3) Secubit garam
4) 120 gram gula aising
Bahan-bahan B (ayak) :
1) 350 gram tepung gandum
2) 30 gram serbuk koko
3) 50 gram tepung jagung
4) 30 gram tepung kentang
5) 3 sudu besar susu tepung
6) 1/8 sudu kecil serbuk penaik
Bahan-bahan C :
1) 300 gram kacang almond
Bahan-bahan hiasan :
1) Mangkuk kertas
2) Coklat urai (chocolate rice)
3) Love sweeties
4) Coklat putih (white chocolate)
Cara-cara penyediaan :
1. Putar bahan-bahan A hingga sebati2. Ayak bahan-bahan B dan masukkan ke dalam adunan A.
3. Gaul sebati. Rehatkan doh selama 20 minit.
4. Bakar kacang almond sehingga masak.
5. Bulat-bulatkan doh dan isikan kacang almond ditengah-tengahnya.
6. Bentukkan memanjang.
7. Bakar hingga masak dan sejukkan.
8. Panaskan coklat putih dan celupkan biskut. Letakkan di dalam mankuk kertas dan hiaskan dengan coklat urai dan love sweeties.
Nota: Setiap coklat yang hendak dipanaskan hendaklah menggunakan teknik double boiler.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share sahabat semua
CI : Di harap Resipi Biskut Truffle Kasih yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Biskut Truffle Kasih
Reviewed by C.I
on
May 13, 2020
Rating:
No comments: