Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sempena menyambut hari Ramadhan yang ketiga ini, saya ingin berkongsi tentang ganjaran sekiranya kita berjaya menunaikan ibadah puasa bagi Ramadhan yang ketiga pula.Mungkin ramai yang tidak tahu akan betapa besarnya ganjaran yang Allah S.W.T telah janjikan kepada kita sekiranya ikhlas menunaikannya.
HARI KE ~ TIGA RAMADHAN :
"Seorang malaikat berseru dibawah ‘Arsy: “Mulailah beramal, semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lewat".
Betapa besarnya ganjaran kita sekiranya berpuasa pada hari ketiga untuk bulan Ramadhan ini.Jadi mari kita sama-sama renungkan disebalik ganjaran pahala ini.
1.Mari fikirkan sejenak betapa mulianya kita disisi malaikat sehingga sanggup berseru kepada kita supaya beramal dan dosa lama akan diampuni oleh Allah S.W.T.
2.Bukan senang hendak mendapat seruan malaikat dari ArasyNya.Jadi sekarang dengan berpuasa di hari ketiga sahaja kita dah mendapat manfaat yang sebegitu.InsyaAllah.
3.Mungkin ramai yang tidak mengetahui apakah Arasy dan mengapa malaikat menyeru dari bawah Arasy.Arasy adalah satu singgah sana atau satu tempat yang mendapat lindungan (arasyNya) pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.
4.Marilah kita bersama-sama mengejar keberkatan bulan Ramadhan.
Pecah Kaca,
Tolong LIKE,
Pecah Gelas,
Harap SHARE.
CI : Semoga penulisan diatas dapat dikongsi bersama.Hanya satu perkongsian dari saya pada bulan Ramadhan Al ~ Mubarak ini.
Ganjaran Ramadhan Ke ~ Tiga
Reviewed by C.I
on
April 27, 2020
Rating:
No comments: