Pembebasan Libya dan Kerajaan baru selepas kematian Gaddafi: Al-Mansori - Cinta

KUALA LUMPUR: Kematian pemimpin Libya Muammar Gadaffi akan memudahkan kerajaan pemerintah sementara, Majlis Peralihan Nasional (NTC) menggerakkan rancangan menubuhkan sebuah kerajaan baru di negara itu.
Duta Libya ke Malaysia, Dr Abu Bakar Al-Mansori berkata berikutan kematian Gaddaffi semua tentera dan penyokong setia pemimpin itu turut dikalahkan.

Sama ada mereka ditangkap, dibunuh atau meninggalkan negara itu, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

"Semuanya berakhir sama sekali. Tidak ada sokongan lagi kepada Gadaffi dan ini memudahkan NTC untuk membentuk sebuah Kabinet," katanya.

Katanya pemimpin kerajaan sementara NTC, Mustafa Abdel Jalil, dijangka mengisytiharkan pembebasan Libya hari ini, yang bakal membuka jalan untuk negara itu 'bekerja dengan lebih bebas'.

Gadaffi, yang memerintah negara utara Afrika itu selama 42 tahun sebelum digulingkan pada Ogos lalu, dibunuh semalam selepas ditangkap berdekatan kampungnya di Sirte. - Bernama

sumber : Harian Metro
Pembebasan Libya dan Kerajaan baru selepas kematian Gaddafi: Al-Mansori - Cinta Pembebasan Libya dan Kerajaan baru selepas kematian Gaddafi: Al-Mansori - Cinta Reviewed by C.I on October 22, 2011 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.