Resipi Kuih Putu Piring


Resepi Kuih Putu Piring

Kuih putu piring memang sangat popular di Malaysia terutama sekali kalau anda pergi ke pasar malam.Saya pun memang suka beli kuih putut piring kalau ke pasar malam.Boring-boring makan kuih ini dan air teh memang sedap betul.Buat anda yang ingin cuba buat sendiri kuih ini boleh lah salin resipi dibawah dan selamat mencuba.

Bahan-Bahan :

1) 2 cawan tepung beras
2) 3/4 sudu garam
3) 150ml air panas
4) 1/2 cawan gula merah
5) 5-6 helai daun pandan
6) kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
7) Daun pandan digunting 2 inci persegi

Cara Membuat :

1. Tepung beras digoreng tanpa minyak 5 minit. Ayak dan biarkan sejuk.

2. Campurkan garam dengan air panas dan daun pandan. Biar sebentar untuk mendapatakn bau pandan. Renjis-renjiskan pada tepung. Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti, seeloknya air panas.

3. Panaskan pengukus. Griskan acuan putu (saya guna acuan tat) dengan sedikit minyak. Tabur sedikit tepung, kemudian sedikit gula merah. Tambah sedikit tepung lagi diatasnya.

4. Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.) biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan. Biarkan putu dalam kain muslin selama kira-kira seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat.

5. Letakkan sedikit kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Letakkan daun pandan/pisang di atasnya dan terbalikkan putu. Dah boleh makan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap 
Resepi Kuih Putu Piring yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Putu Piring Resipi Kuih Putu Piring Reviewed by C.I on May 03, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.