Resipi Kuih Pulut Lepa/Pulut Panggang


Resipi Pulut Lepa/Pulut Panggang


Kuih pulut panggang memang sangat senang didapati setiap pagi untuk dijadikan sarapan kerana banyak peniaga yang menjualnya.Rasa kuih ini pun sangat sedap dan boleh kenyangkan perut kita.Boleh cuba buat sendiri dirumah sekiranya banyak masa terluang. 

Bahan :

- 300 g pulut, direndam semalaman
- 125 ml santan (dari 1 kelapa)
- sedikit garam
- 10-12 daun pisang (18x18 cm), dilayur
- 20-24 batang lidi (pencucuk)

Bahan Inti :

- 400 g ikan kembung, direbus, ambil isi & tumbuk
- 4 biji bawang merah, dicincang halus
- ½ kelapa parut putih
- 200 ml santan (1/2 kelapa)
- 1/2 kpg asam gelugur (kecil)
- ½ Sudu teh serbuk lada hitam
- ½ Sudu teh gula
- sedikit garam

Untuk inti : Kacau semua bahan di dalam kuali hingga agak kekeringan (masih lembab sedikit). Angkat dan biar sejuk. Jika tidak suka masam, tidak perlu memasukkan asam gelugur

Cara-cara :

1. Jerang pulut, santan dan garam di dalam periuk tidak melekat.

2. Pastikan api perlahan dan kacau sekali-sekala hingga kering.

3. Tutup periuk, perlahankan ke tahap minima dan masak 10 min lagi.

4. Bila pulut masak, gemburkan dengan garfu (boleh kukus pulut, jika mahu).

5. Ambik pulut sedikit, uli panjang seperti keropok lekor

6. Kemudian tekan sampai nipis dan masukkan inti di bahagian tengah

7. Tutup balik cantik-cantik.Bungkus dengan daun pisang

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap Resepi 
Resipi Pulut Lepa/Pulut Panggang yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Pulut Lepa/Pulut Panggang Resipi Kuih Pulut Lepa/Pulut Panggang Reviewed by C.I on May 03, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.