Resipi Kuih Karas
Kuih Karas memang banyak meninggalkan kenangan kepada saya, mana taknya semasa berumur 8 tahun saya akan menjadi penolong kepada arwah nenek saya untuk buat kuih ini.Selalunya kami akan buat selepas berbuka puasa sampai ke tengah malam.Kami akan buat kuih ini selama beberapa hari kerana nenenk saya akan buat dalam kuantiti yang banyak untuk diberi kepada saudara mara saya. Pengalaman yang sangat indah tinggal bersama nenek dan datuk tidak akan dilupakan.
Bahan-bahan :
1) 1 bungkus tepung beras
2) 2 cawan gula/ikut manis sendiri
3) 3 cawan air
4) Minyak untuk menggoreng
Cara-cara penyediaannya :
1. Ayak tepung dan gaulkan bersama gula, kemudian masukkan air, Kacau hingga sebati.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan adunan ke dalam acuan kuih karas(seperti acu roti jala), tuang adunan di dalam kuali seperti membuat roti kirai.
3. Apabila warnanya agak kekuningan, angkat dengan segera dan lipat. Toskan.
4. Apabila sudah sejuk, simpan kuih karas ke dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan kuih menjadi lemau atau masuk angin.
Mohon Share sahabat semua
CI : Di harap Resipi Kuih Karas yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Karas
Reviewed by C.I
on
May 18, 2020
Rating:
No comments: