Resipi Kuih Bangkit Santan



Resipi Kuih Bangkit Santan

Hidangan untuk 50 biji

Bahan-bahan :

1) 450 gm tepung ubi kayu
2) 50 gm tepung gandum (digoreng bersama daun pandan sehingga garing)
3) 200 gm gula aising
4) 250 ml santan
5) 3 biji kuning telur
6) 2 helai daun pandan

Cara-cara penyediaan :

1. Goreng tepung gandum, tepung ubi kayu dan daun pandan di dalam kuali hingga terasa ringan. Kemudian sejukkan sebentar dan ayak. Ketepikan sebentar
2. Sementara itu, pukul kuning telur bersama gula aising sehingga kembang. Masukkan santan dan pukul lagi sehingga rata
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga pekat. Jika adunan lembut tambahkan sedikit gandum atau jika adunan kering tambahkan sedikit santan. Dapatkan doh yang tidak lekat di tangan.
4. Canai dan terapkan dgn acuan. Setelah itu, bakar dgn suhu 170 darjah celcius lebih kurang 30 minit
5. Kuih bangkit yang sedap akan larut di dalam mulut dan mempunyai rasa yang rangup apabila dikunyah. 

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share sahabat semua

CI : Di harap 
Resipi Kuih Bangkit Santan yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Bangkit Santan Resipi Kuih Bangkit Santan Reviewed by C.I on May 17, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.