Resipi Kerepek Gunting



Resipi Kerepek Gunting

Bahan-bahan :

1) 2 cawan tepung gandum
2) 10 tangkai cili kering (*)
3) 2 sudu besar udang kering/udang kepal (*)
4) 1/2 sudu kecil jintan manis (*)
5) 1/2 sudu kecil jintan putih (*)
6) Secubit garam
7) 2 sudu besar minyak masak
8) 120ml air – campurkan sikit-sikit semasa menguli
10) Sedikit daun kari – guna masa menggoreng
11) Minyak untuk menggoreng
P/s : Bahan bertanda (* ) dikisar

Cara-cara penyediaan :

1. Satukan bahan-bahan ditanda (*) dan kisar kering hingga menjadi seperti serbuk.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam tepung.
3. Tambahkan garam dan minyak masak. Gaul rata.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sampai adunan menjadi kenyal. 
( adunan akan jadi macam doh karipap)
5. Buat doh-doh kecil untuk memudahkan proses mencanai.
6. Canai doh tadi menjadi nipis dan panjang. Tabur tepung supaya permukaan doh tidak berminyak dan melekat.
7. Potong nipis menggunakan pisau. Doh juga boleh digunting.
8. Tabur sedikit tepung supaya doh yang digunting tidak melekat.
9. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng bersama daun kari sehingga garing.
10. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share sahabat semua

CI : Di harap 
Resipi Kerepek Gunting yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kerepek Gunting Resipi Kerepek Gunting Reviewed by C.I on May 17, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.