Resipi Ketupat Sotong





Resipi Ketupat Sotong

Bahan-bahan :

1) Sotong (saiz sederhana) 6-10 ekor
2) Beras pulut - satu cawan
3) Santan - satu setengah kotak kecil
4) Garam - Sekucup rasa
5) Gula Melaka - 2 keping
6) Daun Pandan - tiga ikat
Cara-cara memasak :

1. Bersihkan sotong dan asingkan kepalanya.

2. Bersihkan beras pulut dan selepas itu gaulkan dengan sedikit santan dan garam

Seterusnya : 

1. Masukkan beras pulut ke dalam sotong dan sumbat kembali kepala sotong.
2. Kemudian cucuk dengan lidi pendek dibahagian kepala (jadikan lidi itu bersilang agar kepala sotong tidak tercabut)
3. Selepas itu, susun sotong yang telah siap disumbat beras pulut ke dalam periuk.
4. Letakkan daun pandan bersama susunan sotong itu.
5. Masukkan santan dan dicampur dengan air, sedikit garam.
6. Masukkan gula Melaka.
7.Gunakan api yang kecil, masak sehingga warna santan bertukar menjadi perang dan pekat. (Lebih kurang 20-25 minit)
8. Siap untuk dihidangkan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share sahabat semua

CI : Di harap 
Resipi Ketupat Sotong yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Ketupat Sotong Resipi Ketupat Sotong Reviewed by C.I on May 17, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.