Resipi Ketupat Daun Palas Utara



Resipi Ketupat Daun Palas Utara

Bahan-bahan :

- 2 1/2 kg beras pulut 
- 2250 ml santan pekat *
- 4 sk garam halus
- 3 sk gula (ni ilmu dari geng MAHN)
- 3 helai daun pandan
* untuk santan guna 1kg santan pekat dari kedai santan + santan perahan dari kelapa parut 1 1/2 biji. Untuk 1 kg pulut guna 900ml santan.

Cara-cara :

1. Cuci beras pulut dan toskan.
2. Masak santan pekat bersama garam, gula dan pandan hingga mendidih. Kecilkan api.
3. Masukkan beras pulut dan kacau perlahan sehingga santan kering dan nampak pulut berminyak dan separuh masak.
4. Tutup periuk dan biarkan sebentar sehingga pulut hampir masak. Matikan api. Bila sejuk sedikit boleh mulakan membalut.

Cara-cara merebus :

1. Masukkan ketupat kedalam periuk dan isi air sehingga semua ketupat tenggelam.
2. Masak sehingga air tersebut kering. Keluarkan ketupat dan toskan.
3. Boleh juga menggunakan kaedah kukus. Selepas 1 - 1 1/2 jam bolehlah matikan api.


Nota : Kalau nak buat frozen, selepas proses bungkus terus simpan dalam freezer. Nak guna barulah direbus sehingga masak cantik. Ketupat ni tahan berbulan2 kalau simpan di dalam freezer. 

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share sahabat semua

CI : Di harap 
Resipi Ketupat Daun Palas Utara yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Ketupat Daun Palas Utara Resipi Ketupat Daun Palas Utara Reviewed by C.I on May 17, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.