Vol 2 CARA MENEGUR KESILAPAN ANAK-ANAK


Vol 2 : CARA MENEGUR KESILAPAN ANAK-ANAK

Anak-anak yang kerap dimaki hamun atau dicerca akibat melakukan kesilapan akan menjadi susah untuk diasuh atau dibela. Mereka akan menyimpan perasaan dendam dan akhirnya akan memusuhi ibubapa sendiri. Sepatutnya teguran yang diberikan kepada anak-anak hendaklah disampaikan dengan lemah-lembut dan betas kasihan. Bagi tujuan ini, perkara-perkara berikut mungkin boleh difikirkan :

1. Sering mengawal perasaan dengan meyakinkan diri bahawa pendekatan maki hamun tidak akan mendatangkan kesan yang membina kepada pembentukan peribadi anak-anak.

2. Usahakan supaya sistem komunikasi dua hala menjadi amalan keluarga khususnya di antara ibu bapa dan anak-anak.

3. Sedarilah bahawa anda tidak akan menjadi lebih popular di kalangan anak-anak sekiranya maki hamun menjadi pilihan untuk mendidik mereka.
4. Berusahalah menyelami perasaan anak-anak di samping belajar mengetahui bisikan hati mereka.

5. Belajarlah cara-cara yang paling berkesan untuk mengekang sifat marah, baran dan cepat naik angin.


CINTA : Kepada ibu-bapa haruslah membca artikel saya kali ini.Kerana mungkin dapat membantu anda dalam mendidi anak-anak kita.



Vol 2 CARA MENEGUR KESILAPAN ANAK-ANAK Vol 2 CARA MENEGUR KESILAPAN ANAK-ANAK Reviewed by C.I on April 17, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.