Melahirkan Keluarga Yang Bahagia


Keluarga Bahagia..impian semua ahli keluarga. Bukan sahaja anak-anak, malah ibubapa juga turut meng-idam-kan keluarga yang bahagia. Betapa besarnya nikmat kebahagiaan ini sehinggakan…. jika Allah swt kumpulkan seluruh harta kekayaan di seluruh dunia sekalipun hanya untuk kita. Tetapi, jiwa rasa kosong, hati rasa  resah dan gundah gulana, maka harta kekayaan yang banyak tadi, sedikit pun tidak membawa erti dalam hidup kita.

Kebahagiaan adalah RAHMAT daripada ALLAH SWT.
Tiada siapa pun yang mampu memberikan kebahagiaan melainkan Allah swt.
Seorang suami tidak boleh memberikan kebahagiaan kepada isteri.
Seorang isteri tidak dapat memberikan kebahagiaan kepada suami.

Begitu juga dengan anak-anak,
Ibubapa tidak boleh memberikan kebahagiaan kepada anak-anak.
Sebagaimana anak-anak juga  tidak boleh memberikan kebahagiaan kepada ibubapa.
Hakikatnya, kebahagiaan adalah datangnya daripada Allah swt.

Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:
“…dan ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan jadi tenang.” (Ar Ra’du:28)
“maka ingatlah kepada Ku, nescaya Aku akan mengingatimu“ (Al Baqarah: 152)
Atas sebab itulah, untuk menarik kebahagiaan daripada khazanah Allah swt ke dalam rumahtangga kita ialah dengan mengadakan majlis yang mengingati Allah swt.

Apabila dibacakan ayat-ayat Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w, maka “nur” daripada ayat dan hadis tersebut akan masuk ke dalam hati-hati kita dan anak-anak kita. Apabila nur ayat-ayat itu sudah masuk ke dalam hati, maka hati akan menjadi lembut dan tenang.

Apabila semua ahli keluarga duduk seketika bersama-sama untuk mengingati Allah swt, maka Allah swt akan satukan hati dan satukan fikir semua ahli keluarga. Ingatlah bahawa, Allah swt lah yang memegang hati dan fikiran suami, isteri dan anak-anak kita. Apabila hati dan fikir bersatu, maka kasih sayang akan terbina dengan sendirinya.
Apabila kita sering duduk dalam majlis yang membesarkan Allah swt dan menceritakan kelebihan-kelebihan amal, maka akan timbul perasaan ghairah dalam setiap jiwa ahli keluarga untuk beramal dengan bersungguh-sungguh.

Apabila semua ahli keluarga mengamalkan agama dengan bersungguh-sungguh (taat perintah Allah swt dan amalkan cara hidup Rasulullah saw), maka kehidupan seluruh ahli keluarga akan BERJAYA. Tidak kira lah dalam keadaan susah ataupun senang, mengingati Allah swt dalam setiap amal perbuatan akan membawa kebahagiaan dan ketenangan.

CINTA : Sempena Ramadhan pada tahun ini, marilah sama-sama kita berazam untuk memulakan episod baru dalam kehidupan keluarga kita, iaitu dengan menghidupkan majlis taklim sekurang-kurangnya 30 minit pada setiap hari dalam rumahtangga kita. Dengan hanya satu harapan, agar seluruh kehidupan kita dan anak-anak kita diredhai Allah swt.



Melahirkan Keluarga Yang Bahagia Melahirkan Keluarga Yang Bahagia Reviewed by C.I on April 17, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.