Resipi Biskut Amor Aiskrim


Resipi Biskut Amor Aiskrim

Bahan-Bahan :

1) 250gm butter
2) 100gm gula
3) 30gm shortening
4) 240gm tepung gandum
5) 50gm tepung jagung
6) 30gm tepung kentang
7) 40gm tepung kastard
8) 1/2 sudu teh serbuk penaik
9) sedikit esen mangga/vanila

Bahan-bahan hiasan :

1) Coklat masakan
2) Manik bintang
3) Telur kuning

Cara-cara penyediaan :

1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan shortening dan esen mangga/vanila dan kacau serata.
3. Campurkan semua tepung dengan serbuk penaik.
4. Masukkan campuran semua tepung ke dalam adunan butter tadi sedikit demi sedikit.
5. Jika adunan masih lembik, masukkan sedikit tepung jagung. Jangan guna tepung gandum kerana ia akan membuatkan biskut tidak rangup.
6. Uli tepung sehingga menjadi doh dan boleh dicanai.
Setelah dicanai, guna kayu roll yang berjalur untuk membuat jalur-jalur di atas doh yang telah dicanai.
7. Tekap doh yang berjalur dengan acuan berbentuk aiskrim. Kemudian sapu kuning telur sebelum dibakar dengan suhu 160°c selama 20 minit atau sehingga masak.
8. Setelah biskut masak, hiaskan biskut dengan coklat masak yang telah dimasak secara double boiller.
9. Akhir sekali susunkan manik bintang di atas coklat tadi dan biarkan coklat kering sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. 

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share sahabat semua

CI : Di harap 
Resipi Biskut Amor Aiskrim yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Biskut Amor Aiskrim Resipi Biskut Amor Aiskrim Reviewed by C.I on May 14, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.