Terus Berhenti Merokok Ok


LONDON - Individu yang menghidap kanser paru-paru peringkat awal, mampu meningkatkan peluang hidup dua kali ganda sekiranya mereka berhenti merokok sama sekali, menurut penemuan satu kajian.

Sehingga kini, tidak banyak bukti yang mengatakan berhenti merokok selepas disahkan menghidap kanser paru-paru boleh meningkatkan peluang hidup.
Penyelidik Britain menganalisis data daripada 10 kajian sebelum ini yang menguji bagaimana perokok terselamat selepas dikesan menghidap kanser paru-paru.

Menurut kajian itu, individu yang menghidap penyakit tersebut tetapi terus merokok, mempunyai 29 hingga 33 peratus peluang untuk hidup dalam tempoh lima tahun.

Bagaimanapun, mereka yang berhenti merokok, mempunyai 63 hingga 70 peratus peluang untuk hidup dalam tempoh sama.


Penemuan penyelidikan itu disiarkan hari ini dalam BMJ yang sebelum ini dikenali sebagai Jurnal Perubatan Britain.

Kanser paru-paru merupakan penyakit barah paling tinggi menyerang manusia di dunia dan individu biasanya dikesan menghidap penyakit tersebut pada tahap serius.

Hanya kira-kira 7 peratus pesakit dapat hidup sehingga lima tahun selepas didiagnosis, walaupun kira-kira 20 peratus pesakit yang dikesan menghidapnya pada peringkat awal boleh dirawat.

"Mesej utama yang ingin disampaikan adalah, anda tidak boleh berputus asa untuk berhenti merokok,'' kata Amanda Parsons dari Pusat United Kingdom untuk Kajian Pengawalan Tembakau di Universiti Birmingham yang mengetuai kajian tersebut.

"Walaupun pada tahap anda dikesan menghidap kanser paru-paru di peringkat awal, jika anda berhenti merokok, tubuh anda sebahagiannya masih boleh pulih dan risiko boleh dikurangkan,'' katanya. - AP

Cinta : Kepada perokok eloklah berhenti merokok kerana rokok amat memberi kesan kepada kesihatan kita.semoga artikel ini dapat membantu sesiapa sahaja untuk berhenti dari menghisap rokok.Saya amat berharap agak anda sudi tinggalkan komen dan share artikel anda kerana ianya sangat beharga kepada kawan-kawan yang lain dalam usaha untuk berhenti merokok.
Terus Berhenti Merokok Ok Terus Berhenti Merokok Ok Reviewed by C.I on April 17, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.