Gula Adalah Punca Gigi Reput !

PEREPUTAN gigi berlaku apabila asid memusnahkan lapisan keras gigi dipanggil enamel. Asid ini terhasil daripada plak. Plak mempunyai kuman yang hidup dengan makanan bergula. Proses menghadam gula menjadikan asid bertindak balas terhadap permukaan gigi.

Lama-kelamaan, pereputan gigi boleh menyebabkan lubang pada permukaan gigi. Sekiranya dibiarkan, kaviti akan menjadi besar dan akan memusnahkan gigi.Sekiranya anda mempunyai kaviti, berjumpalah doktor gigi. Doktor gigi akan menampal gigi anda untuk mengelak kaviti menjadi lebih besar.

Asid mulut sentiasa menyerang permukaan gigi anda. Akan tetapi, pereputan gigi tidak berlaku secara serentak. Ini kerana terdapat elemen lain di dalam mulut yang memperkuatkan dan menghalang pereputan gigi. Satu daripada elemen itu ialah air liur. Air liur mempunyai mineral yang membantu memperkuatkan gigi. Florida, mineral semulajadi yang terdapat dalam air dan ubat gigi, juga membantu memperkuatkan gigi.

Berikut adalah beberapa tip untuk menghalang pereputan gigi:

Elakkan daripada sering makan makanan bergula. Kurangkan kudapan selepas waktu makan.

* Ini akan menghalang plak daripada menghasilkan asid. Ia juga akan mengurangkan tempoh gigi anda terdedah kepada asid.

* Minum banyak air terutamanya jika anda mengambil ubat tertentu.
* Sesetengah ubat mengurangkan air liur di dalam mulut. Ini boleh meningkatkan risiko pereputan gigi.

* Gunakan ubat gigi dan cecair pembersih dengan florida.

* Florida membantu menguatkan permukaan gigi.

* Kunjungi doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun.

* Mereka akan membersihkan gigi dan memeriksa sekiranya terdapat kaviti.

* Pemeriksaan doktor gigi untuk pereputan gigi dan kaviti

CINTA : Dengan ini saya harap kita perlulah mengurangkan penggunaan gula dalam makanan seharian kita.Kepada adik-adik juga perlulah di awasi oleh ibu bapa mereka kerana banyak kanak-kanak yang mengalami kerosakan gigi ini adalah kerana kurangnya sikap prihatin ibu bapa terhadap masalah gigi.Ingat gigi membuatkan senyuman kita bertmabah manis..Satu perkongsian
Gula Adalah Punca Gigi Reput ! Gula Adalah Punca Gigi Reput ! Reviewed by C.I on April 17, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.