Mencari Isteri Yang Cantik Atau Mencari Kecantikan Isteri


Wahai lelaki ini satu pertanyaan untuk korang? Tak kira la korang masih mencari isteri atau sudah beristeri dan mencari isteri lagi. Korang nak cari yang macam mana?

Mari kopek isu ni dari sudut pandangan peribadi sang lekit sambil2 korang pun boleh bagi komen selepas selesai baca entri ni.

Adakah korang nak cari isteri yang cantik? (bagi mereka yang bujang & para suami yang tengah mencari calon isteri lagi) Atau mencari kecantikkan pada isteri. Ketahuilah duhai lelaki, kecantikkan itu tidak kekal selamanya.. Kalau cantik yang di cari andai satu hari kecantikkan itu takde lagi apakah korang akan mencari orang lain yang masih cantik?

Jika dah jodoh dengan orang yang kurang dari rupa parasnya.. janganlah mengeluh atau malu atau jadikan itu alasan nak cari lain yer. Carilah kecantikkan yang ada dalam diri isteri korang tu. Takkan muka buruk, semuanya buruk kot. Mesti ada kecantikkan lain yang isteri orang lain yang cantik rupa parasnya takde. Contoh walau isteri mu buruk rupa parasnya, tapi bab memasak memang cantik. Takde la asyik baca menu kat luar jer kalau nak makan sedap2.

Setiap manusia yang di jadikan ada cantik & buruknya. Mungkin buruk dari rupa parasnya, tapi cantik dari budi pekertinya. Mungkin cantik rupa parasnya tapi buruk sikapnya. Bukan takde yang pakej, cantik luar & dalam. Ada..
Tapi tak semua orang bertuah dapat pakej macam tu. Nak pakej macam tu kena tengok juga pakej yang ada pada diri anda. Kalau dah muka pecah, kerja pun malas.. Nak pakej cantik2 ni, tolong tunjal dahi sendiri & cakap dalam keadaan yang sedar.. " Kau siapa nak demand2?!"

Kalau semua orang cantik, mungkin tak wujud drama telenovella berjuduh Yo Soy Betty La Fea. Itu realiti.. Macam dalam cerita betty tu, walau dia hodoh, berfesyen macam badut, membalut tubuh dengan pakaian warna warni tapi ada satu kelebihan yang orang lain takde sampai si Armando yang hensem pun akhirnya gugur pada cinta si betty. Walau rupa dia pernah hodoh tapi ending cerita tu tetap dia jadi cantik. Jadi, kalau anda mendapat pasangan yang kurang cantik jangan rasa tempek apapun kat muka dia tetap hodoh. Dia juga ada sudut2 yang cantik mungkin kita terlepas pandang atau kita tak membantunya untuk kelihatan cantik.Wahai lelaki ini satu pertanyaan untuk korang? Tak kira la korang masih mencari isteri atau sudah beristeri dan mencari isteri lagi. Korang nak cari yang macam mana?

CINTA : Kena paham betul-betul isteri cantik tak semesti cantik dalamnya juga.Pandai-panda lah lelaki diluar sana memilih bakal isteri anda



Mencari Isteri Yang Cantik Atau Mencari Kecantikan Isteri Mencari Isteri Yang Cantik Atau Mencari Kecantikan Isteri Reviewed by C.I on April 16, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.