Hak-Hak Suami Dari Isterinya
- Isteri yang sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan, dan kesempurnaan dirinya, rumahtangga serta anak-anak
- Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghomati dan menyayangi keluarganya sendiri.
- Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri
- Tidak membenarkan lelaki yang bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami
- Isteri sedia menjadikan suaminya sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semuajadi yang telah Allah anugerahkan kepada kaum lelaki.
- Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suaminya tidak bertentangan dengan perintah agama.
- Isteri sedia memberikan layanan kasih sayang dan sehingga membuatkan suami merasakan rumah tangganya itu adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagian dari sebarang masalah kerja.
- Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suaminya
- Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau mengerjakan puasa sunat.
- Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar yang sederhana serta tidak membazir cara ini dapat menyelamatkan suami dari masalah kewangan
- Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan.
- Isteri yang tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu untuk menunaikannya
- Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang sama ada menerima nikmat atau dugaan dari Allah.
- Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.
- Berdiam diri sambil mendengar bila suaminya sedang bercakap.
- Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila di perlukan
- Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suaminya.
- Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluannya suami dari keperluannya sendiri
- Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya.bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuataannya
- Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang
CINTA : Kepada wanita selamat membaca ok.
Ciri - Ciri Yang Harus Ada Pada Isteri
Reviewed by C.I
on
April 17, 2015
Rating:
No comments: