Panduan Bina Rumahtangga Bahagia

Jika mendambakan cinta lelaki, ada beberapa petua yang harus menjadi perisai dalam mencari cinta sejati supaya mahligai yang dibina bahagia. Petua berikut mungkin boleh dijadikan perisai untuk mencapai kebahagiaan diharapkan.


•Jika mencari lelaki sebagai calon suami, wanita jangan sampai lupa diri. Jika lelaki itu seorang yang beragama, jangan jadikan agama semata-mata sebagai prasyarat sebaliknya ia harus saling melengkapi dengan hal lain supaya fungsi sebenar sebagai suami mencapai matlamatnya.

•Kaji latar belakang bakal suami dengan cara mengenal pasti tempat kerja dan pendapatan untuk mendapatkan fakta tepat.

•Jangan terlalu ‘mabuk’ hingga lupa mengkaji latar belakangnya sehingga terbongkar perkara yang tidak elok di kemudian hari.

•Jika ada jiwa agama, lelaki itu tidak akan mengabaikan kedudukan isterinya atau isteri pertama, kedua atau ketiganya.

•Kalau lelaki itu berstatus suami orang, jika benar dirinya jujur mungkin dia akan memperkenalkan anda kepada isteri pertamanya atau sebaliknya.

•Jika ada banyak kelemahan dan keburukan pada isteri pertama sebagaimana yang diceritakan oleh lelaki berkenaan, wanita harus mengambil sikap berhati-hati.

•Jangan sesekali diajak kahwin lari sama ada ke Thailand, Indonesia atau negara jiran lain. Jika lelaki itu jujur, dia akan perkenalkan anda pada keluarga masing-masing.
•Jika anda wanita yang berharta, sebaik saja berkahwin jangan ‘diserah’ segala harta semata-mata mahu menunjukkan yang anda terlalu sayang padanya.

•Pastikan lelaki itu tidak menggunakan ‘ubat guna-guna’ kerana cinta yang tidak ikhlas akan menemui kehancuran.


CINTA : Selamat membina rumah tangga dengan cemerlang
Panduan Bina Rumahtangga Bahagia Panduan Bina Rumahtangga Bahagia Reviewed by C.I on April 21, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.