10 Petua Keluarga Bahagia


1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bers?ama - Kegiatan ni tak kiralah apa2 kegiatan pun. Ada yang shopping pun nak berdua sbb poket isteri kan selalu ada kat suami he he...Tapi suami saya sendiri tak minat nak berwindow shopping. Bab ni memang kitorg tak buat la. Tapi kalau merata2 naik kete berdua tu kerapla jugak. Kalau bab makan, suami saya pulak memang suka macam tu tapi saya selalu mintak dia makan dulu time anak takmo duduk. Kalau dalam bab makan ni, kawan saya pernah cerita masa dia awal kawen dulu. Dia makan siap2 sebab suami dia lambat balik. Time dia jamu lauk atas meja, dia panggil suami makan n dia gi lipat kain, tgk TV ke atau basuh kain. Sekali kene sound da...Tau dia sound apa? "U ni jamu kucing makan ke?" Ha ha..Start dari situ saya pun turut berfikir ape...Betul jugak kalau jamu lauk dengan nasi tapi kita tak tunggu suami makan. Tapi ade pulak bini yang amik kesempatan kalau temankan suami makan. He he...Tumpang utk second round!! Ahaks, mane la tak sihat alhamdulillah. Bab mandi sama, bunyi cerita memang ramai yang suka esp mereka yang ada bilik air dalam bilik tidur tu. Kalau umah tu share dengan ramai orang mcm dok umah mak ayah, susah la sket. Kene curi2 mandi sama....

2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. 
Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan - Bab tidur atas lengan tu mcm jugak Saidini Ali dan isteri kesayangannya Siti Fatimah. Zaman skang ade lagi ke aa laki yang sudi bagi lengan dia untuk sedikit keselesaan isteri dia tidur. Ntah2 ramai yang taknak sbb konon2 bini tidur buas. Karang dia yang tak lena sedangkan itu alasan jek kan. Bab berjalan sebelah belakang bahu kanan tu, saya pun tak pasti mai mana. Tapi bahagian yang baik memang belah kanan kan dan biar suami kedepan sikit memang lah sbb suami kan ketua keluarga.

3. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri -
 Ha ha...Ni tgh musim durian lah. Ade pulak yang makan petai cicah dengan budu + durian. Jgn kata bau mulut jek, time musim ni bilik air pun ade bau durian. Huhu...Yang ni memang mimpi ngeri buat mereka yang mengandung terutamanya. Bab bau badan memang la. Makcik saya kata, air adelah minyak wangi yang paling baik. Means kene la mandi pada masanya kan? Kalau tak boleh rasa la bau badan yang best tuh... Kat umah, ada setgh org tak pakai minyak wangi sbb maklumla minyak wangi mahal, takut habis cepat sedangkan untuk org perempuan, dia perlu pakai kat dalam rumah aje. Kat luar bukan nak ngorat sesape pun yang pakai sampai tersangkut anak tekak org lain. ;) Mmm..Ada butui ka?

4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya
 - Yes!!! Ayat ni menyebelahi saya. Ada seorg kawan saya cerita, suami dia sll keluar malam. Diorg laki bini pun member saya jugak. Saya cakap dia call la kasik dia bosan nnt dia balik cepat. Dia kata dia dah buat sampai last2 dia yang bosan nak call. Suami dia kata on the way tapi benda 5 minit pun jadi 5 jam kalau org laki jumpa 'gu' dia nih. Mungkin ramai isteri yang suka suami ada kat umah walaupun dalam keadaan tgh perang dingin. Tak percaya? Cuba slow talk brader...Saya rasa jawapannya mmg korang kene byk dok umah la...Tapi bukanla takde pengecualian. Dia kan patut pegi solat berjemaah di masjid, perlu bermasyarakat tapi aktiviti luar tu biarla ada kawalan. Jgn la tgk bola sibuk dok kedai sedangkan kat umah ada TV. Mmm...Bab bola...Patut ke org laki tgk???
5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan 
- yang ni bisa buat saye jadi pusing. Ke org lain tak pusing? Benda ni kene kreatif ooo... Sll tocang satu seminggu lepas tu kene tocang dua. Macam tu ke? Ishh...Tapi kalau alter barang2 dalam umah ke, yg tu logic aaa jugak. Any idea?

6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga 
- Ha ha..Bab kreatif sendri mcm yg saya cakap tadila...Kene pandai fikir sendiri. Memang serasanya tak mudah tapi kalau kita biasakan contoh, baca al-Quran beramai2 sekali seminggu pun dah cukup mengikat rasa kekeluargaan dengan pasangan dan anak2.

7. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu 
- Once kita ada salah faham, jgn sekali2 cari benda yang lebih menyakitkan hati untuk difikirkan. Fikirla tentang benda yang best2. Actually saya tak berapa berkenan ingat kembali kenangan manis semasa bercinta. Sbb bunyi macam suruh ingat benda yang seblom kawen kan? Adalah lebih baik fikirkan tentang awal2 kawen. Sbb saye pun kenal suami selepas kawen.

8. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak 
- Siapa yang pernah tgk isteri beranak? Memang saya tabik aa.. Sbb saya dah jumpa sendiri suami yang tak berani tgk bini beranak. Tiap kali bini dia nak push keluarkan anak, dia mula rasa nak terberak...Ha ha..Lucu kalau ingat. Rasa2 org laki la...Bini korang senang ke time ngandung? Memang la baby tu tak terasa bebannya sbb dia usung anak korang tu dgn kasih sayang. Saya sendiri mengaku saya paling suka lepas bersalin, suami akan cakap, "Terima kasih...lahirkan sorang anak abang yang comel" Dan saat yang lain yang paling mengharukan saya adalah bilamana suami saya bangun malam untuk membancuh susu anak kalau anak nangis nak susu.

9. Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk)
- Uhuk..Bab ni saya tak pandai nak kata apa2. Sbb saya takde pengalaman lagi keluarga terdekat. Kawan2 memang ada tapi benda yang sakit2 mcm ni, orang mcm saya memang tak suka nak amik tau. Tapi rasa suami saya pernah cakap, kalau suami tu dah ceraikan isteri dia, dia yang kene kluar rumah tu sbb bini dia takleh kluar umah. Tapi bab cerai ni fikirlah baik2 betapa susahnya kita nak berumahtangga dulu, tiba2 senang2 nak cerai. Juga fikirkanlah anak2. Kenapa kita tidak berubah dan selalu berfikiran positif dan memilih jalan terbelah dua ni? Tapi keadaan akan kekal sama andai yang berubah hanya sorang. Kedua2 perlu membaiki diri.

10. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat 
- Same je, isteri pun. Kalau ada masalah pape, ada tikanya kita boleh share dengan keluarga mertua. Saya cakap dari pengalaman ni sbb once ada masalah, kita lak ngadu dgn kluarga sendiri, biasanya keadaan akan jadi lebih panas. Bukan lebih baik tu...

CINTA : Selamat mencuba petua keluarga bahagia buat kali ini.InshaAllah pasti berjaya kalau kita berusaha.
10 Petua Keluarga Bahagia 10 Petua Keluarga Bahagia Reviewed by C.I on April 17, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.