Ciri-ciri isteri solehah
- Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga.
Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri.
Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga
serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup
keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah
isteri dan anak-anaknya.
Firman Allah: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh
kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas
sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah
menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa: 34).
- Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.
Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah
yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w.
menjawab, suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih
utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. (Hadis riwayat
Hakim).
- Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri
dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia
peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada
suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka
rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami,
sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang
kepercayaan terhadap isteri.
- Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan
meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan
menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.
- Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan
tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta
perhiasan diri zahir dan batin.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh
seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza
wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia
mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya.
Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia
keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah
suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat
membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).
Isteri wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan
dengan kehendak Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang
menyalahgunakan pengertian taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk
membebankan isteri dengan pelbagai hal yang tidak wajar.
- Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan
nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang
diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya
dipilih oleh suami.
Sabda Rasulullah s.a.w., Seorang wanita itu dinikahi kerana salah
satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya
dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan
akhlak, kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad).
- Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk
menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras
dengan firman Allah, Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara
yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan
perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka
itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19).
Walaupun ayat ini ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung
amat perlu menjadi panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah
menyedari hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam
segala aspek. Oleh kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan
menyelesaikannya.
Rasulullah memberi panduan, Janganlah seorang suami yang mukmin
membenci isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak
berkenan kepada satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah
lakunya yang lain amat disenanginya. (Hadis sahih).
- Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia
berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang
telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki
lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya.
- Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu
perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh
Islam.
Sabda Rasulullah s.a.w., Allah memberi rahmat kepada seorang isteri
yang jika ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya
sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan
air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang.
- Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan
mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam
agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai.
Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya ada pada
setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan
mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti doa
Nabi Daud a.s.: ``Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang
isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku
dan urusan akhiratku.''
CINTA : Semoga artikel mengenai isteri soleh ini dapat membantu lelaki diluar sana agar memahami dengan lebih jelas lagi.Segala penulisan oleh Cinta di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.

Ciri-Ciri Isteri Solehah - Cinta
Reviewed by C.I
on
April 16, 2015
Rating:
so kepada kaum hawa...try to be the best..
ReplyDeleteinsayaallah berkat