Tips Untuk Lelaki Pemalu Mencari Cinta


Disebabkan jumlah perempuan kini melebihi lelaki, ramai yang beranggapan tidak perlu tips untuk mengorat, memandangkan perempuan akan datang sendiri terhenggeh-henggeh kepada lelaki. Opppssss.Kalau anda (Lelaki) yang masih berfikiran macam ini, anda memang SILAP BESAR ok! Orang perempuan masih memilih !!!!

Nak mengorat kena ada ilmu, tak boleh hentam kromo sahaja! Kalau anda rasa malu, mungkin boleh ikut tips dibawah ni.

Tingkatkan Keyakinan Diri

Lelaki zaman sekarang ni kurang yakin pada diri sendiri, sangat merendah diri sebab mungkin meraka rasa tidak cukup handsome untuk mengorat awek yang mereka minat tu. *ehem* Kalau awek tu muka macam Neelofa memang patut rasa macam tu kot.Anda kena buat lagak yang penuh yakin, bukan berlagak ok! Beranikan diri untuk tegur si dia dahulu.. 

Jaga Eye Contact

Ok, eyes contact tersangat lah penting! Ni related dengan confident diri. Semasa bercakap dengan si dia, tolonglah pandang muka or mata dia. Kalau nak bercakap pun susah nak pandang mata, alamatnya hye hye bye bye lah jawabnye. Sebabnya bila anda buat macam tu, si dia akan rasa korang tak tertarik dengan dia. Perempuan ni umpama bos, oleh itu first impression tu penting bro! kalau dia tidak suka die kick je!



Bahasa Tubuh
Ini pun mainkan peranan penting. Jangan sesekali silangkan tangan memeluk tubuh semasa berdiri sebab secara psikologinya ia menunjukkan korang tak selesa dengan keadaan. Si dia akan berfikir, mungkin korang tidak selesa bercakap dengan dia. So, perbualan akan berakhir dengan pantas. So sad kan? Haa.. kalau nak sembang lama-lama, ajak si dia keluar minum, bersembang masa duduk lebih selamat :)

Ajak Keluar lagi!!

Lepas habis bersembang, sebelum balik, jangan lupa tanya "bila kita boleh jumpa lagi?" haaa... masa ni lah anda dapat tahu result korang usahakan tadi tu. Kalau ye jawapannya, alhamdulillah ada peluang, kalau dia tak nak jumpa anda lagi, mesti korang boleh expect apa jawapan yang diberikan kan?

Cinta : Yang di atas itu adalah tips sahaja untuk anda lelaki mencuba mencari pasangan.Kalau gagal tidak mengapa boleh cuba lagi ok..asalkan anda berusaha dengan penuh yakin. Segala penulisan oleh di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Tips Untuk Lelaki Pemalu Mencari Cinta Tips Untuk Lelaki Pemalu Mencari Cinta Reviewed by C.I on April 11, 2015 Rating: 5

1 comment:

  1. Lelaki pemalu akan hanya berlaku pada saat pertama kali. Proses seterusnya pastinya dia akan berasa lebih yakin dan mudah. Oleh itu gerakkan awal adalah sangat penting. :D

    Perkongsian: Rahsia Lelaki Yang Anda Perlu Tahu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.