Ciri-Ciri Suami yang Soleh vol 1
























1.Ciri-ciri suami yang soleh adalah :

a. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan isteri.

b. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa.

c. Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.

d. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya.

e. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.

f. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya.

g. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT.

h. Menjaga hati dan perasaan isteri.

i. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.

k. Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan.

l. Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin.

m. Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan.

n. Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.

o. Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama.

2. Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keredhaan Allah SWT iaitu:

a. Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai.

b. Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan.

c. Rumahtangga sentiasa bersih dan selesa

d. Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara haram dan syubhat.

e. Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah.

f. Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang
berlebih-lebihan ketika bersolek.

g. Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-nilai keperibadian muslim.

h. Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga.

i. Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam.

j. Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan.

k. Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga.

CINTA : Selamat membaca

Ciri-Ciri Suami yang Soleh vol 1 Ciri-Ciri Suami yang Soleh vol 1 Reviewed by C.I on April 17, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.